Tuesday 29 November 2011

K0MP@NG..

Jiwa kosong..
Mungkin kerana hati yg sunyi..
Tenggelam tanpa pelampung..
Karam tanpa penghuni...
** Entahlah.. aku pun tak faham..

Hujung minggu lalu..
Aku sibuk memenuhi undangan perkahwinan..
Destinasinya jauh2 belaka..
Kerana jemputan itu hukumnya wajib dhadiri..
Maka aku gagahi dgn harapan..
akan ada yg baik utk ku kelak..
Amin3x Ya Rabb...

Walimatul urus..
Tujuannya utk m'hebahkan kita dah b'kahwin..
Sedekah dgn segala macam hidangan..
Malaikat turut m'amin kan doa2 mempelai..
Apatah lagi doa2 tetamu..

Namun rasa t'sentuh hati ini..
Bila sok sek tetamu m'cacatkan keadaan..
" Ya Allah.. hantaran 15k tp 4 jenis lauk je? Dah la tak sedap"
" MasyaAllah.. knp la dia pilih design plamin mcm ni.. outdated btul la".
" Engko nak tau Pe'ah (bukan nama sebenar).. istri dia tu doktor tau.. suami dia tu prebet jer. Urmm..tumpang duit bini aje la"
" Cantiknya bini dia.. awat la boleh pilih lelaki lagu tu. dah mcm beauty & the beast.."
" Majlis bukan main gah lg.. door gift bg kek aje? Eleh..aku dlu kawen bg mcm2 tau.."

Sejenak itu aku t'fikir..
knp wujud insan2 spt ini?
Allah mjadikan diri kita b'pasang-pasangan..
Jodoh itu adalah datang dariNya..
Meskipun mempelai tidak segojes Angie & Brad pitt..
Tidak juga sekaya CtNurhaliza & Datuk K..
Mereka ttp tlh mlaksanakan ibadah yg plg besar..
knp mesti nak argue kurniaan Allah???
*** Jgn takbur dgn apa yg kita ada..
*** Krn mungkin nilainya amat murah pd pandangan Allah..
*** Bsyukurlah apa yg kita ada..
*** Krn walaupun ianya murah..namun amat mahal pd pandangan Allah...

Friday 25 November 2011

Takutnye...

Jumaat ini amat b'beza dr biasa..
Aku menangis lagi..
Bagai nak gila rasanya..
Ya Allah.. Mengapa perlu kuhadapi ujian ini..
Bekas tunang nak bertunang?
Aku m'hitung hari hingga ke detik ini..
Dan esok..akan berubah..
Aku tidak mampu m'hadapinya..
Perit rasanya..
Hanya ALLAH tempat mengadu..
Namun.. Ujian itu adalah erti hidupkan??

Pesan JUMAAT..
Ulasannya sangat ringkas..
Tapi.. Amat memberi kesan pada hati ni..
Mungkin kita pernah atau tergolong salah satunya..

Antara sebab-sebab doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah SWT adalah kerana :

Pertama: Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan suruhannya.
Kedua: Kamu menyangka kamu cintakan Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan
sunnah.
Ketiga: Kamu membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya.
Keempat: Kamu telah makan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam:kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Ketujuh: Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak menjauhinya.
Kelapan: Kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
Kesembilan: Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi
kamu lupa akan keaiban diri sendiri.
Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar  daripada kematian mereka.

Sesungguhnya..
Beringat-ingatlah..
B'amal-amallah..

Monday 21 November 2011

Tik..Tok..

Detik.. Waktu & Masa..
Sama tiada beza..
Beda cuma pd pengisiannya..
Corak hidup adalah ciptaan kita..
Ya.. KITA.. Manusia ciptaanNya..

Terngiang mutiara kata seseorang..
Jgn kamu minta khidupan yg MUDAH..
Tapi..mintalah hati yg TABAH..
Berdoa itu adalah USAHA..
Tawakal dan BERSERAH..
Yakin... Yakinlah pada DOA..

Kamu..Awak & You..
Nak tau tak??
Berdoa kpd ALLAH itu sebenarnya IBADAH yg sgt besar..
walau pd zahirnya doa itu adalah utk kepentingan diri..
Kerana hakikatnya..
Kamu.. Awak & You..
Membuktikan TAUHID kpd ALLAH..
Mempamerkan KETUNDUKKAN kpd Tuhan Yg Esa..

Kawan, sahabat & Friends..
Janganla MALU berdoa..
Jangan SEGAN memohon padaNya..
Kita insan BIASA.. KeCINTAAN kita pdNYA.. Biarlah LUARBIASA..









Doa utk kalian..
" Ya Allah.. Mereka sahabatku. Walau siapa dan di mana mereka berada tetapkanlah iman di hati2 mereka..Amin"
=)

Thursday 17 November 2011

MaMaMm...

Aku diet..
Sungguh... tak tipu..
Jumaat ni.. =D
Ingin body seslim Miss Earth..
Cantik.. Gojes..Sexy.. Hot & Superb..

 
Menu Lunch aku hari ini..
1. Nasi impit
2. Ayam masak kicap
3. Nangka masak lemak cili api
4. Choc cake
5. Caramel cake
Sungguh aku berdiet..
Kan??

 
Jom kita curi2 baca..
KENAPA WANITA BERDIET??
Jawapan Popular:-
1. Nak slim.. Slim cantik!
2. Nak ikut perkembangan fesyen...
3. Lelaki suka yg slim jer.. Hmmm..

 
TIPS DIET??
Jawapan Popular:-
  1.  Makan sikit je.. Elak yg berlemak                                  
  2.  Banyak bersenam.. 2-3 jam (Fuyooo..)
Kalau seru nak DIET tu datang..
Wanita boleh jd KALIS LAPAR.. KALIS PENAT.. KALIS GODAAN..
Betullll.. tak tipu...
Tapi.. Pesan sy kpd yg sedang b'usaha utk SLIM..
Ingatlah:
1. SLIM utk IBADAH.. kerana ALLAH
2. SLIM bukan utk MEMBAZIR..
3. SLIM utk menimbulkan rasa CINTA dijalan ALLAH..
4. SLIM bukan utk TONTONAN UMUM.. hanya utk yg EXCLUSIVE jer tau..

 
KEMPEN: JOM MENJALANKAN KEHIDUPAN SIHAT!

 
* Sekian.. Pesanan Jumaat.. =D

 

 

 
 


Wednesday 16 November 2011

Mmuaahh

Mmmuaahh mooch mooch much...












Kalau baby cute mcm ni yg nak mmuaah..
mesti berebut2 orang nak MMUAAH kan..
Cute.. Comey.. Geyaammm..

Tapi kalau remaja or dewasa??
Yg beruban memegang status warga emas??
Nak berebut juga ke??
Aku.. Nak!!
Mesti terkejutkan??
Tp hanya pada mereka yg dihalalkan sahaja..
Yg haram tolong jauhkan..
BERKASIH SAYANG itu tuntutan agama..
Buat selagi dapat pahala..
Buat banyak kali pun tak apa..
Bekalan utk hari akhirat..

Tolong nasihatkan ADIK2, ABG2 & KAKAK2 diluar sana..
Jgn MMUAAH dgn kekasih.. DOSA + HARAM = NERAKA
Tolong nasihatkan si isteri yg curang..
Jgn MMUAAH dgn lelaki yg bukan sah.. DERHAKA + ENGKAR = NERAKA
Tolong nasihatkan si suami yg berselingkuh..
Jgn MMUAAH dgn wanita yg bukan milikmu.. DAYUS + CURANG = NERAKA

KESILAPAN, KETERLANJURAN, KETERSENGAJAAN
Itu adalah KELEMAHAN insan..
Jgn SEDIH.. MENYESAL wajib!!
SEJARAH b'beza2.. kerana diri kita b'beza..
Cuma SATU yg SAMA..
"ALLAH"...

Sayang kamu...

Tuesday 15 November 2011

CiNt@

Orang kata cinta itu buta..
Itu orang yg kata..
Tp bukan aku..
Bagiku cinta itu luarbiasa..
Yg pahit jd manis..
Yg duka jd suka..
Yg dusta jd jujur..
Yg jahat jd baik..
Alangkah dasyatnya cinta kan??

Bila hubungan itu retak..
Orang akan kata cinta itu menyakitkan..
Itu orang yg kata..
Tp bukan aku..
Bagiku cinta itu mengasyikkan..
Yg lemah jd kuat..
Yg malas jd rajin..
Yg bergantung jd berdikari..
Yg dosa jd taubat..
Yg k'anak2kan jd matang..
Sungguh dasyat kuasa cinta kan??

Sang arjuna di luarsana..
Jgnlah meletakkan harga sebuah perhubungan atas 'KESERASIAN'
Sang arjuni ( Eh.. adakah kosa kat ni?? =D ) pula..
Jgnlah melihat nilai perhubungan atas 'KESEMPURNAAN'..
Tidak ada istilah SERASI SEMPURNA dlm perhubungan..
Melainkan hubungan kita dgn ALLAH..
Cukuplah kita sekadar Lengkap Melengkapi..
Dalam paksi DOSA & PAHALA..
kerana CINTA itu IBADAH sayang..

Sayang...Sayang sayang Sayang...
Sayang sayang Sayang???
Sayang.. Sayang saaaaaaaaayang Sayang..
** Baca ikut ritma sendiri..hehehe..


Monday 14 November 2011

Tetamu...

Berhujung minggu dgn tetamu yg dtg..
Penat tapi puas..
Berkat mereka..jgn d lupa..
walau hanya secawan tea..
Hidangkanlah..
Rezeki itu akan datang berganda..
Percayalah.. kerana itu adalah janji ALLAH..

T'ingat satu ketika dulu..
Ikhlas melawat seorang teman..
Haus dan penat mmg terasa sgt..
Tp, kita tetamu... MALU nak request..
Tiba2 si teman b'tanya.. " Nak air ke? "
Jawapan standard tetamu yg aku pakai..
" Ya Allah.. Tak payahlah susah2.."
Bukan hipokrit.. cuma b'sopan..
si teman m'jawab " Ok.. takpe la kalau mcm tu.."
Dan aku.. 'terdiam'.. Patutke??
Sejam duduk.. setitik air pun tak jamah..

Namun, pengalaman mengajar kita kan??
Biarlah org lain buat..
Tapi jgn sesekali kita..
Pastikan bukan kita.. 

Rasulullah pernah b'sabda:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. sahabat Rasulullah pernah bertanya "Apakah layanan itu wahai Rasulullah?". Rasulullah menjawab " Layanan istimewa selama sehari semalam dan tempoh melayan tetamu hendaklah dalam masa 3 hari.. Layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah".

Rezeki yg ada d dunia ini..
semua milik Allah...
kenapa nak berkira??
Kedekut??

Thursday 10 November 2011

Rindu padaMu..

Berpagi2 dgn segelas susu..
dan semangkuk dragon fruit..
cukup utk aku mnyedari betapa nikmatnya pemberian Allah..
Alhamdulillah..
Jumaat yg indah.. Jumaat penuh keberkatan..
Hari yg akan ada waktunya dimustajabkan segala doa..
Waktunya hanya Allah yg mengetahui..
Disarankan adalah diantara Zuhur dan Asar..
Wallahu'alam.. Kita sbg hambaNya.. Kejarlah ibadah..
Rindu padaMu Ya Allah..
Rindu sangat2..
Tazkirah Jumaat utk semua:-
Al-Junaidi Al-Bahgdadi pernah berkata ..
1- Mati itu rumah Allah SWT, jangan biarkan selain Allah SWT mendiaminya. ( Jangan biarkan kita mati dalam keadaan Syirik kepada Allah SWT ).
2- Rindu kepada Allah SWT itu membuang dosa.
3- Kamu tidak akan mencapai Baqa’ ( kekal dengan Allah SWT ) sebelum melalui Fana’ ( hapus diri ).
4- Orang yang takut kepada Allah SWT tidak sentiasa senyum.
5- Orang yang hidup bersandarkan nyawa akan mati, kerana nyawa akan berpisah daripada badan. Orang yang hidup bergantung kepada Allah SWT tidak akan mati kerana Allah SWT  tidak akan mati.
6- Mata manusia itu lebih baik buta sekiranya mata tidak dapat menghargai Keindahan Allah SWT.Lidah manusia itu lebih baik bisu jika lidah tersebut tidak menyebut Nama-nama  Allah SWT.Telinga manusia itu lebih baik tuli jika telinga tersebut tidak boleh menerima Nasihat Allah SWT. Anggota manusia  itu lebih baik mati jika tidak melakukan Arahan Allah SWT.
7- Orang yang bergantung dengan usahanya sendiri dalam mengenang Allah tidak akan mendapat ganjaran penuh dalam ibadatnya.
8- Orang yang dicintai oleh Allah SWT akan dipermudahkan kepadanya untuk berkawan dengan Wali-wali Allah SWT.
9- Orang yang terlalu banyak makan tidak akan dapat melakukan ibadat.
10- Dunia itu tidak manis tetapi manis pada nilai kerohanian yang Allah SWT berikan kepadanya.
11- 400 orang ulamak bersepakat ” Seseorang itu hendaklah melakukan ibadat dengan penuh hati dan khusyuk sehingga tidak terlintas dalam fikirannya selain daripada Allah SWT”.
12- Tauhid itu adalah mengenal Allah SWT.
13- Perasaan Cinta kepada Allah SWT akan membunuh perasaan ego yang terdapat dlm jiwa  orang mukmin.
14- Orang yang Benar-benar Ikhlas kepada Allah SWT pasti akan menjumpai Allah SWT.
15- Orang yang benar-benar  Mukmin adalah orang yang yakin hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi makanan kepadanya.

Kitab Takirah Awliya’. m/s : 111-113.

Wednesday 9 November 2011

GurindamJiwa

Indah sungguh hari ini..
Tak tahu kenapa.. Hati rasa ceria wlupun terluka..
mungkin Hati dah rasa penat menangisi kedukaan..
mungkin Hati da bagi alarm "udah2 le tu"..
Hati.. begitu sukar dimengertikan..

Teringat panggilan seseorang semalam..
'Dia' cuba mengimbau kenangan silam..
'Dia' membawa aku ke fasa yg telah 10 tahun ku tinggalkan..
'Dia' mengakui pernah ingin memilikiku..
Tapi.. tidak akan b'ulang kembali waktu itu..
Kerana 'dia' sudah berpunya.. b'isteri dan b'anak tika ini..
Alhamdulillah.. Allah masih memelihara hubungan kami dgn cara yg baik..

Teringat jg seorang perempuan yg memberikan senyuman manis..
memujuk untuk membeli coupon domino's pizza..
Bila dia berkata..
 " Puan ke cik?? Saya panggil puan.. tp mcm masih cik.."
aku t'senyum.. 'masih cik..'
" Tersasul2 sy.. Ni mesti da tak lama ni.. tak lama lg nak kawen.."
Aku mengaminkan.. AMIN...
Doa smg kesasulan itu akan m'jadi kenyataan...

Hidup ini misterikan???
Semoga Allah memelihara imanku..

Monday 7 November 2011

SenyapBisuDiam..

Rindu pada dunia maya..
Rindu juga pada nukilan2 ikhlas rakan2 seblogz..
Rindu pd senyuman dan keceriaan..
Pastinya krn aku SENYAP seketika..

Aku ingin gembira..
Ya.. Gembira tanpa perlu m'hadkan keseronokkan..
Namun aku tidak mampu..
Kerana t'ikat dgn kata2 emas org dulu2..
"Jgn happy sgt.. Nnt awak akan nangis kemudian"
Benarkah wahai teman???
Sejauh mana eksperimen.. hinggakan hipotesisnya sedemikian..
kembali muram aku selepas berdekah.. 
BISU kembali...
Tapi dunia ini indah bukan?
Hayati keseronokkannya..
Wonderful!! bak kata omputeh..
Aku tsedar seketika..
Seronok tak bermakna kita wajib m'pamerkanya..
Seronok itu adalah anugerah Allah..
Berseronoklah dgn cara bersyukur kan??
DIAM aku menyimpulkan semangat baru..
Moga2 akan ada era baru..
Mudah2an akan ada kisah baru..
Harap2 akan ada org baru..hehe..
Moga2 'dia' kembali sbg sesorg yg baru.. InsyaALLAH..

*Mood: Cinta harus memiliki ( Anuar Zain )