ABOUT ME

Hidup ini berpaksikan AlQuran dan Sunnah Nya..Namun dlm mencari erti kehidupan, kita sbg insan biasa sering melakukan kekhilafan dalam fatamorgana yang kita cipta sendiri. Demikian jg la diri ini yang sukar lari dari membuat kesilapan.
Tidak ada yang istimewa ttg diri ini utk dikongsikan bersama. Yang ada cumalah harapan agar boleh menjadi wanita yang sempurna..Dibimbing dan membimbing. Pasti tidak mampu menjadi wanita seagung Siti Khadijah namun InsyaALLAH..mampu menjadi isteri sebaik beliau dalam apa keadaan sekalipun.. Kenapa memilih Siti Khadijah sedangkan masih ramai bidadari syurga yang boleh di jadikan contoh??? Jawapan saya.. Kerana Siti Khadijah adalah cinta PERTAMA Rasulullah.. Siti Khadijah juga adalah teman hidup Rasulullah yg tidak pernah di'MADU'kan oleh baginda.. Siti Khadijah juga sanggup berkorban harta dan nyawa demi AGAMA dan SUAMI..dan Siti Khadijah merupakan isteri yang sentiasa diKENANG, diCINTAI dan diRINDUI oleh baginda sehingga akhir hayatnya. Sayu dan Terharu bila membaca kisah cinta Rasulullah dan Siti Khadijah.. Doakanlah semoga impian itu menjadi kenyataan..AMIN...