Thursday 29 December 2011

Hollaaa.. Everyone..

Setelah menyepi..
btapah pada gua kesunyian..
m'cari ketenangan..
Akhirnya.. diri ini kembali pd alam maya..
Alhamdulillah... Diri ini semakin kuat..
Kerana Allah itu Maha Pengasih kan?

Tutup kisah duka..
kerana tahun baru akan menjelma..
Maka bina yg indah2 je la..
InsyaALLAH.. hari mdatang mgamit kisah2 suka..

Wahai sahabat yg dirindui..
cewaah.. ala2 bsajak pla.. hehe..
azam tahun dpn dah list ke??
Aku da tak nak carry foward da azam tahun 2011..
da expired atas sbb2 tertentu..
hehe..

Wednesday 7 December 2011

Nost@lgiA

Berombak-ombak rinduku..
Pada kalian yg sudi m'jd teman maya ku..
Menerima aku tanpa mngenaliku..
Menasihati aku tanpa akrab dgn ku..
Betapa ukhwah itu sucikan??
Jalinan tanpa sempadan..
Thanks ALLAH..

Semalam aku b'kemas..
Cuba membuang sisa2 kasih dan cintaku pd dia..
Habis mengemas, aku terdiam..
Confuse yg amat sgt..
Ruang bilik kelihatan kosong..
Nampak sgt banyak barang2ku bkaitan dgn nya..
Apa aku nak buat??
Kalau boleh.. koleksi2 kurung moden pun aku nak buang..
semua dia yg belikan..
Tp.. aku sayang.. salahke klu aku simpan dan pakai mcm biasa je?
Aku jg bingung pd koleksi barang kemas p'beriannya..
Setiap kali birthday.. dia pasti akan hadiahkan aku koleksi Poh Kong..
Rantai, Gelang, Pendant, Cincin...
Perlu ke aku kembalikan pd dia?
Kalau jual bole ke?? Hehe..
Entahlah..

Rasa berat sangat hati ni sebenarnya..
Melihat photo2 kami b'sama dr sekolah sampai skg..
Aku rasa mcm nak gila pun ada..
Aku merindui dia..

Ya Allah.. Hanya padaMu tempatku memohon kekuatan..
Tabahkan hati hambaMu ini..
Jgnlah menguji ku dgn sesuatu yg aku tak mampu..

='(

Thursday 1 December 2011

IkHl@S

Suasana petang ni menenangkan..
Walaupun hati terasa sayu..
Hati masih menangis..
Sungguh.. T'kadang rasa kuat.. T'kadang lemah tak b'maya..

Ikhlas..
sejauh mana kita mampu m'ukur keikhlasan?
Sungguh.. Aku tidak faham akan diriku..

Si dia memutuskan hubungan yg telah lama t'jalin..
Dgn alasan yg benar2 rapuh bagiku..
Boleh saja aku mbencinya..
Namun, aku sukar menafikan aku mnyayangi keluarganya..
juga dia.. Ya..aku masih menyayanginya..
Salahkah aku???

Ibunya m'hubungiku..
Btanya adakah aku boleh bcuti esok hari..
krn majlis bekas adik ipar blangsung lusa..
Dan esok ibunya ingin m'beli barang2 yg perlu utk majlis tsebut..
dan kalau boleh.. dia nak aku pergi b'sama..
Aku t'sentuh.. krn ibunya begitu memerlukan ku..
spt selalu.. sebelum ini..

Bekas adik ipar masih kerap bjumpa dgnku..
Tidur sebantal..
mluah perasaan..mahupun bkongsi idea..
sama spt selalu..sblum ini..
sekalipun kdg2 aku menangis kesorangan slps itu..
krn aku masih tidak cukup kuat..

Tidak ku nafikan..
hatiku pasti akan terdetik..
kenapa dugaan ini blaku??
sedang 'kami' sudah tidak nmpak apa2 harapan..
sedangkan aku dan keluarganya sama spt dlu..

Sekilas itu aku mnyedari..
betapa hidup kita sukar dimengerti..
meskipun kita adalah watak utama..
kerana pentasnya sntiasa b'ubah2 kan?
Mungkin ini adalah diriku..
kelebihan yg tidak kusedari..
Biarla keikhlasan ini diukur oleh Allah..
kerana pesan2 sahabat2ku sekalian selalu m'jd tanda ingtanku..
Kerana doa2 kalian selalu bmain di benakku..
Betapa yg baik itu.. InsyaALLAH mdpt yg lbih baik..
Ya.. Semoga aku tgolong pada yg baik2..
AMIN..

Tuesday 29 November 2011

K0MP@NG..

Jiwa kosong..
Mungkin kerana hati yg sunyi..
Tenggelam tanpa pelampung..
Karam tanpa penghuni...
** Entahlah.. aku pun tak faham..

Hujung minggu lalu..
Aku sibuk memenuhi undangan perkahwinan..
Destinasinya jauh2 belaka..
Kerana jemputan itu hukumnya wajib dhadiri..
Maka aku gagahi dgn harapan..
akan ada yg baik utk ku kelak..
Amin3x Ya Rabb...

Walimatul urus..
Tujuannya utk m'hebahkan kita dah b'kahwin..
Sedekah dgn segala macam hidangan..
Malaikat turut m'amin kan doa2 mempelai..
Apatah lagi doa2 tetamu..

Namun rasa t'sentuh hati ini..
Bila sok sek tetamu m'cacatkan keadaan..
" Ya Allah.. hantaran 15k tp 4 jenis lauk je? Dah la tak sedap"
" MasyaAllah.. knp la dia pilih design plamin mcm ni.. outdated btul la".
" Engko nak tau Pe'ah (bukan nama sebenar).. istri dia tu doktor tau.. suami dia tu prebet jer. Urmm..tumpang duit bini aje la"
" Cantiknya bini dia.. awat la boleh pilih lelaki lagu tu. dah mcm beauty & the beast.."
" Majlis bukan main gah lg.. door gift bg kek aje? Eleh..aku dlu kawen bg mcm2 tau.."

Sejenak itu aku t'fikir..
knp wujud insan2 spt ini?
Allah mjadikan diri kita b'pasang-pasangan..
Jodoh itu adalah datang dariNya..
Meskipun mempelai tidak segojes Angie & Brad pitt..
Tidak juga sekaya CtNurhaliza & Datuk K..
Mereka ttp tlh mlaksanakan ibadah yg plg besar..
knp mesti nak argue kurniaan Allah???
*** Jgn takbur dgn apa yg kita ada..
*** Krn mungkin nilainya amat murah pd pandangan Allah..
*** Bsyukurlah apa yg kita ada..
*** Krn walaupun ianya murah..namun amat mahal pd pandangan Allah...

Friday 25 November 2011

Takutnye...

Jumaat ini amat b'beza dr biasa..
Aku menangis lagi..
Bagai nak gila rasanya..
Ya Allah.. Mengapa perlu kuhadapi ujian ini..
Bekas tunang nak bertunang?
Aku m'hitung hari hingga ke detik ini..
Dan esok..akan berubah..
Aku tidak mampu m'hadapinya..
Perit rasanya..
Hanya ALLAH tempat mengadu..
Namun.. Ujian itu adalah erti hidupkan??

Pesan JUMAAT..
Ulasannya sangat ringkas..
Tapi.. Amat memberi kesan pada hati ni..
Mungkin kita pernah atau tergolong salah satunya..

Antara sebab-sebab doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah SWT adalah kerana :

Pertama: Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan suruhannya.
Kedua: Kamu menyangka kamu cintakan Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan
sunnah.
Ketiga: Kamu membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya.
Keempat: Kamu telah makan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam:kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Ketujuh: Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak menjauhinya.
Kelapan: Kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
Kesembilan: Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi
kamu lupa akan keaiban diri sendiri.
Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar  daripada kematian mereka.

Sesungguhnya..
Beringat-ingatlah..
B'amal-amallah..

Monday 21 November 2011

Tik..Tok..

Detik.. Waktu & Masa..
Sama tiada beza..
Beda cuma pd pengisiannya..
Corak hidup adalah ciptaan kita..
Ya.. KITA.. Manusia ciptaanNya..

Terngiang mutiara kata seseorang..
Jgn kamu minta khidupan yg MUDAH..
Tapi..mintalah hati yg TABAH..
Berdoa itu adalah USAHA..
Tawakal dan BERSERAH..
Yakin... Yakinlah pada DOA..

Kamu..Awak & You..
Nak tau tak??
Berdoa kpd ALLAH itu sebenarnya IBADAH yg sgt besar..
walau pd zahirnya doa itu adalah utk kepentingan diri..
Kerana hakikatnya..
Kamu.. Awak & You..
Membuktikan TAUHID kpd ALLAH..
Mempamerkan KETUNDUKKAN kpd Tuhan Yg Esa..

Kawan, sahabat & Friends..
Janganla MALU berdoa..
Jangan SEGAN memohon padaNya..
Kita insan BIASA.. KeCINTAAN kita pdNYA.. Biarlah LUARBIASA..









Doa utk kalian..
" Ya Allah.. Mereka sahabatku. Walau siapa dan di mana mereka berada tetapkanlah iman di hati2 mereka..Amin"
=)

Thursday 17 November 2011

MaMaMm...

Aku diet..
Sungguh... tak tipu..
Jumaat ni.. =D
Ingin body seslim Miss Earth..
Cantik.. Gojes..Sexy.. Hot & Superb..

 
Menu Lunch aku hari ini..
1. Nasi impit
2. Ayam masak kicap
3. Nangka masak lemak cili api
4. Choc cake
5. Caramel cake
Sungguh aku berdiet..
Kan??

 
Jom kita curi2 baca..
KENAPA WANITA BERDIET??
Jawapan Popular:-
1. Nak slim.. Slim cantik!
2. Nak ikut perkembangan fesyen...
3. Lelaki suka yg slim jer.. Hmmm..

 
TIPS DIET??
Jawapan Popular:-
  1.  Makan sikit je.. Elak yg berlemak                                  
  2.  Banyak bersenam.. 2-3 jam (Fuyooo..)
Kalau seru nak DIET tu datang..
Wanita boleh jd KALIS LAPAR.. KALIS PENAT.. KALIS GODAAN..
Betullll.. tak tipu...
Tapi.. Pesan sy kpd yg sedang b'usaha utk SLIM..
Ingatlah:
1. SLIM utk IBADAH.. kerana ALLAH
2. SLIM bukan utk MEMBAZIR..
3. SLIM utk menimbulkan rasa CINTA dijalan ALLAH..
4. SLIM bukan utk TONTONAN UMUM.. hanya utk yg EXCLUSIVE jer tau..

 
KEMPEN: JOM MENJALANKAN KEHIDUPAN SIHAT!

 
* Sekian.. Pesanan Jumaat.. =D

 

 

 
 


Wednesday 16 November 2011

Mmuaahh

Mmmuaahh mooch mooch much...












Kalau baby cute mcm ni yg nak mmuaah..
mesti berebut2 orang nak MMUAAH kan..
Cute.. Comey.. Geyaammm..

Tapi kalau remaja or dewasa??
Yg beruban memegang status warga emas??
Nak berebut juga ke??
Aku.. Nak!!
Mesti terkejutkan??
Tp hanya pada mereka yg dihalalkan sahaja..
Yg haram tolong jauhkan..
BERKASIH SAYANG itu tuntutan agama..
Buat selagi dapat pahala..
Buat banyak kali pun tak apa..
Bekalan utk hari akhirat..

Tolong nasihatkan ADIK2, ABG2 & KAKAK2 diluar sana..
Jgn MMUAAH dgn kekasih.. DOSA + HARAM = NERAKA
Tolong nasihatkan si isteri yg curang..
Jgn MMUAAH dgn lelaki yg bukan sah.. DERHAKA + ENGKAR = NERAKA
Tolong nasihatkan si suami yg berselingkuh..
Jgn MMUAAH dgn wanita yg bukan milikmu.. DAYUS + CURANG = NERAKA

KESILAPAN, KETERLANJURAN, KETERSENGAJAAN
Itu adalah KELEMAHAN insan..
Jgn SEDIH.. MENYESAL wajib!!
SEJARAH b'beza2.. kerana diri kita b'beza..
Cuma SATU yg SAMA..
"ALLAH"...

Sayang kamu...

Tuesday 15 November 2011

CiNt@

Orang kata cinta itu buta..
Itu orang yg kata..
Tp bukan aku..
Bagiku cinta itu luarbiasa..
Yg pahit jd manis..
Yg duka jd suka..
Yg dusta jd jujur..
Yg jahat jd baik..
Alangkah dasyatnya cinta kan??

Bila hubungan itu retak..
Orang akan kata cinta itu menyakitkan..
Itu orang yg kata..
Tp bukan aku..
Bagiku cinta itu mengasyikkan..
Yg lemah jd kuat..
Yg malas jd rajin..
Yg bergantung jd berdikari..
Yg dosa jd taubat..
Yg k'anak2kan jd matang..
Sungguh dasyat kuasa cinta kan??

Sang arjuna di luarsana..
Jgnlah meletakkan harga sebuah perhubungan atas 'KESERASIAN'
Sang arjuni ( Eh.. adakah kosa kat ni?? =D ) pula..
Jgnlah melihat nilai perhubungan atas 'KESEMPURNAAN'..
Tidak ada istilah SERASI SEMPURNA dlm perhubungan..
Melainkan hubungan kita dgn ALLAH..
Cukuplah kita sekadar Lengkap Melengkapi..
Dalam paksi DOSA & PAHALA..
kerana CINTA itu IBADAH sayang..

Sayang...Sayang sayang Sayang...
Sayang sayang Sayang???
Sayang.. Sayang saaaaaaaaayang Sayang..
** Baca ikut ritma sendiri..hehehe..


Monday 14 November 2011

Tetamu...

Berhujung minggu dgn tetamu yg dtg..
Penat tapi puas..
Berkat mereka..jgn d lupa..
walau hanya secawan tea..
Hidangkanlah..
Rezeki itu akan datang berganda..
Percayalah.. kerana itu adalah janji ALLAH..

T'ingat satu ketika dulu..
Ikhlas melawat seorang teman..
Haus dan penat mmg terasa sgt..
Tp, kita tetamu... MALU nak request..
Tiba2 si teman b'tanya.. " Nak air ke? "
Jawapan standard tetamu yg aku pakai..
" Ya Allah.. Tak payahlah susah2.."
Bukan hipokrit.. cuma b'sopan..
si teman m'jawab " Ok.. takpe la kalau mcm tu.."
Dan aku.. 'terdiam'.. Patutke??
Sejam duduk.. setitik air pun tak jamah..

Namun, pengalaman mengajar kita kan??
Biarlah org lain buat..
Tapi jgn sesekali kita..
Pastikan bukan kita.. 

Rasulullah pernah b'sabda:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. sahabat Rasulullah pernah bertanya "Apakah layanan itu wahai Rasulullah?". Rasulullah menjawab " Layanan istimewa selama sehari semalam dan tempoh melayan tetamu hendaklah dalam masa 3 hari.. Layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah".

Rezeki yg ada d dunia ini..
semua milik Allah...
kenapa nak berkira??
Kedekut??

Thursday 10 November 2011

Rindu padaMu..

Berpagi2 dgn segelas susu..
dan semangkuk dragon fruit..
cukup utk aku mnyedari betapa nikmatnya pemberian Allah..
Alhamdulillah..
Jumaat yg indah.. Jumaat penuh keberkatan..
Hari yg akan ada waktunya dimustajabkan segala doa..
Waktunya hanya Allah yg mengetahui..
Disarankan adalah diantara Zuhur dan Asar..
Wallahu'alam.. Kita sbg hambaNya.. Kejarlah ibadah..
Rindu padaMu Ya Allah..
Rindu sangat2..
Tazkirah Jumaat utk semua:-
Al-Junaidi Al-Bahgdadi pernah berkata ..
1- Mati itu rumah Allah SWT, jangan biarkan selain Allah SWT mendiaminya. ( Jangan biarkan kita mati dalam keadaan Syirik kepada Allah SWT ).
2- Rindu kepada Allah SWT itu membuang dosa.
3- Kamu tidak akan mencapai Baqa’ ( kekal dengan Allah SWT ) sebelum melalui Fana’ ( hapus diri ).
4- Orang yang takut kepada Allah SWT tidak sentiasa senyum.
5- Orang yang hidup bersandarkan nyawa akan mati, kerana nyawa akan berpisah daripada badan. Orang yang hidup bergantung kepada Allah SWT tidak akan mati kerana Allah SWT  tidak akan mati.
6- Mata manusia itu lebih baik buta sekiranya mata tidak dapat menghargai Keindahan Allah SWT.Lidah manusia itu lebih baik bisu jika lidah tersebut tidak menyebut Nama-nama  Allah SWT.Telinga manusia itu lebih baik tuli jika telinga tersebut tidak boleh menerima Nasihat Allah SWT. Anggota manusia  itu lebih baik mati jika tidak melakukan Arahan Allah SWT.
7- Orang yang bergantung dengan usahanya sendiri dalam mengenang Allah tidak akan mendapat ganjaran penuh dalam ibadatnya.
8- Orang yang dicintai oleh Allah SWT akan dipermudahkan kepadanya untuk berkawan dengan Wali-wali Allah SWT.
9- Orang yang terlalu banyak makan tidak akan dapat melakukan ibadat.
10- Dunia itu tidak manis tetapi manis pada nilai kerohanian yang Allah SWT berikan kepadanya.
11- 400 orang ulamak bersepakat ” Seseorang itu hendaklah melakukan ibadat dengan penuh hati dan khusyuk sehingga tidak terlintas dalam fikirannya selain daripada Allah SWT”.
12- Tauhid itu adalah mengenal Allah SWT.
13- Perasaan Cinta kepada Allah SWT akan membunuh perasaan ego yang terdapat dlm jiwa  orang mukmin.
14- Orang yang Benar-benar Ikhlas kepada Allah SWT pasti akan menjumpai Allah SWT.
15- Orang yang benar-benar  Mukmin adalah orang yang yakin hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi makanan kepadanya.

Kitab Takirah Awliya’. m/s : 111-113.

Wednesday 9 November 2011

GurindamJiwa

Indah sungguh hari ini..
Tak tahu kenapa.. Hati rasa ceria wlupun terluka..
mungkin Hati dah rasa penat menangisi kedukaan..
mungkin Hati da bagi alarm "udah2 le tu"..
Hati.. begitu sukar dimengertikan..

Teringat panggilan seseorang semalam..
'Dia' cuba mengimbau kenangan silam..
'Dia' membawa aku ke fasa yg telah 10 tahun ku tinggalkan..
'Dia' mengakui pernah ingin memilikiku..
Tapi.. tidak akan b'ulang kembali waktu itu..
Kerana 'dia' sudah berpunya.. b'isteri dan b'anak tika ini..
Alhamdulillah.. Allah masih memelihara hubungan kami dgn cara yg baik..

Teringat jg seorang perempuan yg memberikan senyuman manis..
memujuk untuk membeli coupon domino's pizza..
Bila dia berkata..
 " Puan ke cik?? Saya panggil puan.. tp mcm masih cik.."
aku t'senyum.. 'masih cik..'
" Tersasul2 sy.. Ni mesti da tak lama ni.. tak lama lg nak kawen.."
Aku mengaminkan.. AMIN...
Doa smg kesasulan itu akan m'jadi kenyataan...

Hidup ini misterikan???
Semoga Allah memelihara imanku..

Monday 7 November 2011

SenyapBisuDiam..

Rindu pada dunia maya..
Rindu juga pada nukilan2 ikhlas rakan2 seblogz..
Rindu pd senyuman dan keceriaan..
Pastinya krn aku SENYAP seketika..

Aku ingin gembira..
Ya.. Gembira tanpa perlu m'hadkan keseronokkan..
Namun aku tidak mampu..
Kerana t'ikat dgn kata2 emas org dulu2..
"Jgn happy sgt.. Nnt awak akan nangis kemudian"
Benarkah wahai teman???
Sejauh mana eksperimen.. hinggakan hipotesisnya sedemikian..
kembali muram aku selepas berdekah.. 
BISU kembali...
Tapi dunia ini indah bukan?
Hayati keseronokkannya..
Wonderful!! bak kata omputeh..
Aku tsedar seketika..
Seronok tak bermakna kita wajib m'pamerkanya..
Seronok itu adalah anugerah Allah..
Berseronoklah dgn cara bersyukur kan??
DIAM aku menyimpulkan semangat baru..
Moga2 akan ada era baru..
Mudah2an akan ada kisah baru..
Harap2 akan ada org baru..hehe..
Moga2 'dia' kembali sbg sesorg yg baru.. InsyaALLAH..

*Mood: Cinta harus memiliki ( Anuar Zain )

Monday 31 October 2011

1.1.11

Hari ini aku kehairanan..
Ingin m'jadi maharaja lawak..
Namun jenakanya tidak ada...
Ingin Ketawa terbahak-bahak..
Namun Tawanya hanya sampai ke anak tekak..

1.11.11 akhirnya dikau tiba jua..
Teresak-esak aku ketika ini..
Nyata panggilan pd 11.11am.. begitu menyakitkan..
" Maaf.. Andai bisa aku memilih.. akan ku pilih dirimu sayang"
"Sampai ketika ini..aku masih t'gamam.. knp tpaksa m'hukum awak begini kejam"
"Tidak ada yg dpt mgantikan awak.. sekalipun dia.."
"Cinta saya pd awak.. sampai ketika ini..masih tidak b'ubah walaupun secubit"
"Saya tidak kuat utk khilangan awak.. Demi Allah!!"
" Saya tidak layak utk awak.. Saya bgitu teruja m'persiakan awak..dan sampai ketika ini..saya tduduk rebah..menangis menderita krn tpaksa melepaskan awak.. Cinta saya.."
" Ini bukan soal pilihan.. tp keputusan yg paling menyeksakan.."
" Saya sedar.. saya pasti akan cari awak kembali.. kerna itulah saya.. sjauh mana kita tpisah.. akhirnya sy tetap kembali kpd awak.."
" Hati sy tidak redha kehilangan awak.. Sumpah Lillah!! Bahkan mbayangkan awak dgn org lain pun saya ckup tseksa.. Mbayangkan saya bkahwin dgn dia jg amat menyeksakan.. krn sy mahukan awak!! sungguh!"
"Allah bgitu menyayangi awak.. Sampai ketika ini saya malu pd awak.. "
"Awak tak bersalah.. Kami yg b'salah.. Andai ini adalah takdir.. saya harus hadapi walaupun pahit".

Aku tersedu tatkala mdengarnya..
Aku jg inginkan dia Ya Allah..
Bagaimana mungkin aku melupakan dia.. cinta pertamaku..
Walau pahit namun tpaksa kutelan jua..
Pedih dan sakit namun ku gagahi juga..
" Awak.. Klu dgn menunaikan hajat itu bisa mbahagiakan saya.. saya akan usaha utk redha.."
"Awak.. Klu mhukum sya adalah jaminan kbahagiaan awak.. saya rela walau tpaksa.."

Dia t'esak..
" sayang.. Maaf.. tidak ada yg dpt saya ucapkan selain..Maafkan saya"

Juraian airmata membasahi pipi..
"Awak.. Allah menguji pd hambaNya yg mampu.."
"Awak.. Tabahlah mhadapi ujian ini.."
"Awak.. takdir Allah adalah misteri.. kita sbg hambaNya hanya perlu mcari.."

Dia..
" Ya Allah... Saya cintakan awak... Namun saat ini, sgguh saya tidak terdaya memilih awk dan tinggalkan dia.."
"Semoga awak terus kekal spt ini.. dan saya perlu mcari ruang mcapai RedhaNya.."

Aku menangis..Menangis!!!
" Awak...  Allah sentiasa di sisi kita.. Sayang pd hambaNya ada pelbagai cara.."

Talian t'putus pd 1.11pm..

( SubhanaALLAH.. betapa besarnya kuasa ALLAH kan.. meskipun sekadar kebetulan.. Namun, semua yg berlaku itu adalah IzinNya kan??)
1.1.11
11.11
1.11
* Masih save call received
*end call save dlm hati..

Mood: Sangat2 sedih melihat diari pkahwinanku..

Thursday 27 October 2011

Awak Tak Faham..

Terkejut aku dari lena apabila t'dengar deringan HP ku..Jam menunjukkan pukul 1 pg ( Cewaahhh..mcm ayat cerpen jer kan? hehe.. Tp tang jam tu mmg betul ok..) Nama sahabat lamaku terpapar jelas di skrin HP.. Berikut adalah antara pbualanku dgnnya.. :-
Sahabat: Aku sedih.. ( Nada t'esak2.. )
Aku: Why?? what happen dear? ( Nada memujuk )
Sahabat: He dump me like hell!! He so cruel.. I betul2 kecewa.. ( Hampir m'raung )
Aku: Sabar Di***.. I sangat2 faham perasaan u skg..
Sahabat: Sabar??! Tiap kali I cuba nak luahkan perasaan I.. semua org hnya tahu kata sabar je.. semua pasti ada hikmahnya.. Bull sh**!! I ingatkan u tak mcm dorg..Rupanya sama je.. Boleh tak u katakan sesuatu yg b'beza?!
Aku: ( Terdiam dan Istighfar...)
** Kami m'bisu seminit..
Aku: Di*** bukan semua yg kita impikan itu akan bjalan lancar. Apapun yg b'laku itu adalah kehendak yg Maha Esa.. Kita hnya mampu merancang. I dapat rasakan apa yg u rasa.. I know its really hard 4 u.. But plz, be optimistic and be patient..
Sahabat: U x faham.. U r not in my situation!! ( terjerit2 di telingaku )
Aku: Then.. Why u call me?! ( sedikit tinggi nada suaraku )
Sahabat: I thought u r my bestfriend..
Aku: Really?? How long have you not call me?
Sahabat: ( Terdiam...)
Aku: Kita dah tak b'hubung selama 2 tahun.. I dont even know ur FB.. I juz kept ur phone no to hope that u will contact me.. And all of sudden u call me and cry like crazy and screamed that i did not understand u. What is that mean?? Bestfreind??
Sahabat: Im sorry.. my mistake..
Aku: Ya.. That is what i mean.. say sorry..n akui kesilapan you. Mohon maaf tu dah cukup utk sejukkan hati I. Now u have to say sorry to Him.. Merayulah, memintalah dan b'doa pada yg esa krn u byk meninggalkan Dia. Bukan merayu pada si 'dia' yg begitu kejam pd u.
Sahabat: ( still m'bisu...)
Aku: Marahke?? I'm sorry..
Sahabat: No.. its juz really hard for me..
Aku : Nak dengar satu cite tak ?? Tentang I.. ( Maka i pun bercerita dr A-Z.. Bla..Blaaa..Blaaaa...)
Akhirnya..
Sahabat: Ya Allah.. I tak dpt bayangkan perasaan u ketika ini.. I dgn dia yg baru couple 6bulan pun dah rasa macm ni..
Aku: That why i told u.. I really understand ur situation rite now..

*** Pesanku utk kesekian kalinya pada mereka yg terluka.. Kembalilah mencintai ALLAH..
Cinta dan benci boleh wujud dalam hati seseorang kerana Allah dan kerana selain Allah. 
Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah
dan menolak kerana Allah, maka sungguh telah sempurnalah imannya.[9]

Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dalam dirinya maka dia akan merasa kemanisan iman:
(1) Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya berbanding selain kedua-duanya,
(2) Bahawasanya dia mencintai seseorang, tidaklah dia mencintai orang itu melainkan kerana Allah dan
(3) Bahawasanya dia membenci seandainya dia kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan dalam neraka.[10]

Wednesday 26 October 2011

Sejenak..

Hari Khamis yg indah..
Teringat perbualan semalam dgn daddy tersayang ( M'rangkap bakal Daddy In Low) :-
Daddy: Teruskan amalan membaca surah Yassin setiap subuh dan selepas Isyak.
Aku: Ye daddy..setakat ni Alhamdulillah.. Saya selalu amalkan..
Daddy: Biarlah dia buat apa yg dia suka.. Jangan sedih sangat.. Allah menguji kerana sayangkan kita..
Aku: Ya Alhamdulillah.. Allah lebih menyayangi saya.. saya sedih tp gembira, saya derita tp bahagia.. Doakanlah yg tbaik utk sy..
Daddy:Baca Ayatul Qursi setiap hari..
Aku: Ya daddy.. Saya telah lama amalkan..
Daddy: Kita usaha je la.. ( Nada m'harap..)
Aku: InsyaALLAH.. Dgn izin Allah.. saya cuma nak yg terbaik je.. Allah Maha Mengetahui apa yg kita tidak ketahui..
Daddy: Daddy nak kita seperti dulu..
Aku: ( Terdiam...)
Bukan cinta namanya tanpa gelora kan?? Ya ALLAH..berikan jalan yg terbaik untukku..
Cinta itu tidak bersyarat, kuat dan tidak lekang dek waktu. Sekiranya kita diuji oleh orang yg kita cintai dan dia menyakiti, mengkhianati kita namun akhirnya dia kembali menyesal dan meminta bantuan daripada dan kitapun memaafkannya... Itulah cinta yang dipenuhi dengan kesabaran dan tiada syarat.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,." - Surah Al Baqarah : 155
Pesan saya pada mereka yg terluka spt saya..
Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"

Tuesday 25 October 2011

Aduhai Cinta..

Berpetang2 dgn isu-isu cinta ni sgt m'asyikkan..Jom layan dulu..
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Monday 24 October 2011

Jom Jadi Jutawan..

Saya pasti ramai spt saya tgh menekan2 calculator utk mengira budget bln depan..Hehe.. xsabarnya nak tunggu gaji. Sambil2 list down expenses..saya memerhati jalan raya yg sesak dgn kereta2.. almaklumla, saya betul2 duduk b'hadapan dgn jalan besar..kat tingkat 5 pula tu..Jadi, bolehlah m'mantau trafik..hehe.. Kadang2 t'detik jg.. Mampu ke nak pakai sport car spt mereka?? kira b'anganlah ni.. Nak rumah BESAR, Nak kereta BESAR dan nak pangkat BESAR.. Fuyoo.. tapi bukan utk diri sendiri..Nak semua tu kerana nak membantu my mom yg disayangi..Bjuang utk menyempurnakan kehidupan bersama adik2 dan keluarga. Persoalannya, mcmn nak jadi JUTAWAN ???
Sejak akhir2 ni..Alhamdulillah, saya rajin membuka blog2 ilmiah.. Syukur sgt kerana Allah itu sentiasa disisi menemani kita.. Cuma kita jer yg terlupa akan Dia. Time happy bukan main lg kita sombongkan.. Lupa nak SMS.. Call pun sekali sekala.. Bila Date jer.. asyik nak cepat jer.. Xpuji pun Dia..Padahal kasih dan cintaNya tak berubahpun..sampai hati kita melukaiNya. Bila hati kita dilukai oleh sang manusia.. Barulah kita teringat akan Dia.. Ya Allah..betapa besarnya kasihMu.. Jangan pernah berpaling padaku..Peluk dan Siramilah aku dgn RahmatMu..( Tolong Aminkan ye..AMIIIN)
Berbalik kpd persoalan asal..camne nak jd JUTAWAN??

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.
18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Subhanallah..Jom la..kita b'sama2 mjadi JUTAWAN yg HARTAWAN dan DERMAWAN..
Bukan shj KAYA harta..Tp jg KAYA Iman.. InsyaALLAH.. Amin Ya Rabb..
 



Wednesday 19 October 2011

Sesungguhnya aku milikMu..

Tajuk mcm puitis jer kan..hehe..Pagi2 lagi saya dah merajinkan diri utk mbuka blog..Almaklumlah, ofis sunyi jer.. masing2 busy.. Hidup ni penuh komitmen kan..So, komited la anda utk menunaikan kewajipan yg ada.. sambil bernakal2an membaca blog org lain..saya tertarik dgn Teka-Teki Al Ghazali.. Jom kita hayati..
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).”

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Monday 17 October 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah.. Syukur atas nikmat yg Allah pinjamkan. Ternyata apa yg berlaku ni ada banyak hikmahnya. Kita sbg manusia tidak boleh berputus asa. Kekecewaan mmg memeritkan namun tanpa kecewa kita tak akan merasa nikmat bahagia. Disaat diri dizalimi, berjuta doa yg meredhai..dan saya yakin bahawa Allah menguji krn menyayangi. Semakin lama aku mendekatiMu Ya Allah..semakin itu aku MENCINTAIMU.. 
Ada sesuatu yg timbul pada hati ketika ini..sesuatu yg sukar utk d'ucapkan dgn kata2.. Yang pasti Engkau Maha Mengetahui apa yg aku maksudkan Ya Allah.. I Love U.. Yes, I Do!!
Jadikanlah aku sebaik2 wanita.. Takdir Allah adalah pasti.. Allah sentiasa mberi ruang dan peluang.. InsyaALLAH ada yg terbaik utk ku.. UJIAN yg dtg adalah misteri yg sukar kita ungkapkan.. Yg perlu kita lakukan ialah menempuhnya.. Aku telah melakukan yg terbaik untuknya.. Andai ini adalah harga untuk mencapai KEREDHAANMU.. Aku pasrah Ya Allah..

Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)

Nasihat sy pada wanita yg terluka dan dilukai terus memperjuangkan cinta kpd Nya.. Hidup ini bukan di dunia shj..Akhiratlah yg kekal abadi..Jgn jadikan diri kita seindah perhiasan di dunia semata2..kerana bukankah menjadi Bidadari Syurga itu lebih indah??? Subahanallah...

 

Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)