Monday, 17 October 2011

Sebuah Kesedihan

.
Bismillahirrahmanirrahim..
1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Saat membacanya hatiku tersentuh dan airmata mengalir deras. Begitu pahit bg diriku utk menelan luka yg ada. Perhubungan dgn nya akhirnya sudah menemui titik noktah. 12 tahun menapak dan mbina phubungan akhir simpulan t'urai jg. Dada rasa sebak..Hati sakit sgt..Dunia seakan gelap..Knp baru skg?? Ya Allah..Janganlah mengujiku dgn sesuatu yg aku tidak mampu.
REDHA.. itulah yg aku cuba lakukan walaupn seksanya bagai duri tajam yg menyelinap masuk di segenap tubuhku. Namun, sbg hambaNya..harus myakini akan Al Rahman wa Rahim..Betapa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Ya Allah..Sekiranya dia yg terbaik utk ku..maka Engkau kembalikan dia ke sisiku..Namun andai dia bukan utk ku..Engkau temukan aku seseorang yg boleh membahagiakan aku dunia dan akhirat..Sejuk pada pandangan mataku..Bijak lebih dariku dan Beriman kpdMu..Kerana cintaku padanya adalah krn cintaku padaMu Ya Allah..Amin

Monday, 10 October 2011

Dasar Ekonomi Sendiri..hehe

Rasa penat tak hilang lagi.. saya ditugaskan utk mengajar student engineering ( part time ) pada hujung mggu yg lalu. Actually, debaran pd masa itu amat luarbiasa sekali apatah lg sy difahamkan students t'diri drpd golongan yg bkerjaya. Namun, inilah cabaran utama saya dan kerjaya atas pilihan saya. Teringat kata2 prof. Izy Hj Ali.. " Berdosa bg seseorang sekiranya mempunyai ilmu tetapi menyorokkannya dari pihak umum". Jadi, da namanya pendidik..kita haruslah berkongsi ilmu yg ada.
Berhadapan dgn mereka sambil berkongsi sedikit ilmu yg ada banyak mengajar sy erti bersyukur dan bertuah kerana m'jadi diri sy ketika ini. T'ingat kata2 seorang pelajar ketika membuat presentation. " We continue our study becoz want to get a better salary. Everything is money now". Dlm hati sy t'senyum dan bersetuju dgn mereka krn kita tidak tlepas dr kekangan ekonomi. Ekonomilah punca sebenar knp masyarakat b'pecah belah, suami isteri bcerai berai dan masalah sosial menular. Namun, dlm kesibukan kt mcari sumber pdapatan utk mningkatkan taraf ekonomi.. Jgn sesekali kita lupa bhw hidup ini adalah ktentuan dr yg Maha Esa. Ekonomi bkn bkisar pd gaji yg rendah shj..Malah gaji b'juta pun ada problem tau..Problem camne nk habis duit..Hehehe..
Ade bbrp tips ttg ekonomi ( Walaupn sy sdri pun kdg2 je m'amalkannya..hehe)
1. Rancang Budget spt:- Catat hutang piutang, bil api & air, kete & rumah [ Dpt jer gaji..Terus bayar tau ].
2. Agihan belanjawan ( cewaah..mcm byk je bal gaji kan?? hehe ) spt minyak, tol, brg rumah, duit blanje utk isteri & anak2 dan duit blanja kat ofis. Agih betul2 dan cukup2..
3. Rancang simpanan ( Bab ni lemah skit.. ^_^V) :- Menabunglah wlupn RM1/hari. Menabung ni ada 2 cara. 1st- jgka msa pjg & 2nd- jgka masa pndek.
4. Rancang pcutian :- Pd sesiapa yg suka bjalan2 tu..rcg budget pcutian anda ( Fuel, Hotel, Tol, Flight and etc)
5. Rancang budget perayaan:- Habis je Raya/Deepavali/Gong xi..Terus je mnabung utk thn dpn pla..haha..extreme kan?? Tp sgt2 mbantu..
Itu je la kot utk kali ni.. sape rasa logik..Ikut la.. Tak rugi pun.. hehe

Wednesday, 5 October 2011

Perampas dan Dirampas..

Hidup ini adalah anugerah  terindah dr Allah swt.. Namun, suka duka yg kita tempuhi adlh plihan kt sdri. Itu adlh pasti meskipun ramai yg cuba mnyalahkan takdir.
Saat ini, anda mungkin salah seorang wanita yang menangisi sebuah hubungan yg tak pasti. Apatah lagi cinta yg tersulam bertahun lamanya semakin goyah kerana kehadiran wanita lain. Ada juga wanita yg menitiskan airmata krn kekasih hati yg baru ditemui dilema pada 2 hati. Tatkala hati gundah dan kecewa..anda mengambil kputusan utk menghubungi pihak ke3 (Perampas/ Dirampas). Tak salah sebenarnya utk menghubungi pihak ke3 tersebut utk mcari kpastian krn ia adlh tindakan yg BIJAK. Dan seringkali jawapan yg kita dengari ialah:

  1. “ Saya minta maaf kerana saya tidak mengetahui kewujudan awak. Saya dah terlanjur mcintai dia”.
  2. “ Saya tahu tentang awak. Saya tahu pengorbanan awak pd dia. Sy da cuba utk lari, tp dia ttp cari saya”.
  3. “ Hidup ini Allah yg tentukan.. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yg menentukan”.
  4. “Jangan salahkan saya, dia yg datang cari saya”.
  5. “Saya faham perasaan awak..tapi saya menyintainya”.
  6. “Saya tidak suka hidup bermadu namun skg saya redha . Saya tidak kisah walaupn menjadi isteri ke2”
Para wanita yang berada dalam situasi tersebut..anda perlu menjadi hawa yg optimis dan rasional.  Nasihat saya pada wanita2 yang menghadapi situasi ini ialah:-

Wanita Perampas ( suka atau tidak, anda tergolong dari golongan ini apabila anda merupakan pihak ke3 dalam perhubungan tersebut).
-        Saya memahami perasaan anda yg dibuai kasih sayang, janji2 manis dan sumpah setia si dia. Namun, ambil masa utk berfikir ttg wanita yg tlh dirampas cintanya. Letakkan diri anda ditempatnya ketika ini. Sekiranya anda mendapati wanita itu lebih menderita dari anda..maka ambillah tindakan yg sewajarnya dan bukan krn nafsu..
-        Fikirlah ttg family lelaki yg anda terlanjur cintai itu. Sekurang2nya fikir ttg IBU. Knp Ibu?? Kerana syurga lelaki tletak pd ibunya. Jangan cuba memperjudikan cinta sekiranya percintaan yg anda sulam tidak direstui krn kesannya amat pahit sekali.
-      Tanya diri anda sejenak samada percintaan anda dan pasangan tenang atau tidak. Lebih memeritkan lg apabila kekasih anda pernah berlaku kejam/zalim pada pasgn terdahulu. Mmglah, manusia boleh b’ubah..Tp mampukah dia melupakan segalanya??
-      Paling penting sekali, berbaloikah anda menyintainya??

Wanita Dirampas ( Sakit bila mendengarnya.. sesakit org yg mengalaminya..)
-       Sesiapapun tidak mampu utk menempuhnya apatah lg kesetiaan yg diberikan melebihi nyawanya sendiri. Namun, sblm menunding jari ke pihak ke3..Lihat kekurangan diri dahulu. Kita lebih mengenali diri kita kan?
-       Cuba utk bertenang walaupun sakit dan pahitnya hanya Allah yg Maha Mengetahuinya. Islam adalah agama yg cukup lengkap. Baik dr segi kehidupan mahupun ibadah. Dekati DiriNya..InsyaALLAH beroleh ketenangan.
-      Tanamkan dalam diri bahawa anda adalah wanita yg TERBAIK si dia pernah temui..selepas anda, dia tidak akan menemui yg lebih baik lg.
-       Carilah teman seramai yg mungkin.. Kerana teman adalah pengubat duka. Bersedekahlah anda walaupun hanya sebiji gula2. Kerana melihat keperitan org lain..akan menyedarkan kita bahawa kita lebih bertuah dr mereka.
Kesimpulannya..Dalam apa keadaan sekalipun..Istikarah lah.. Biar Allah yg menentukan yg terbaik utk kita. Cinta Allah adalah Cinta Hakiki... KasihNya tak pernah kurang, SayangNya tak pernah mengenal jurang, JanjiNya sentiasa terang...

Friday, 30 September 2011

Salam Ukhwah...

Alhamdulillah.. Akhirnya diri ini  juga turut terlibat dalam aktiviti blogger ni. Maknanya, ini merupakan langkah pertama dalam berkongsi cerita kehidupan dan juga cinta. Kenapa Cinta dan Kehidupan?? Chewaahh.. Puitis gitu.. Jawapannya simple jer..Kerana kita manusia biasa yang menjalani KEHIDUPAN bersulamkan CINTA..
Nway, Thanks to my frenz yg membantu dalam menghasilkan blog.. semoga dgn khadiran blog ni bolehlah saling bertukar cerita dan merapatkan lagi ukwah ant kita.. InsyaALLAH.. Bak kata Faiz.. " Diawal pembabitan mmg agak sukar.. Lama kelamaan m'jadi kebiasaan".. So..Lets do it!!!