Wednesday 5 October 2011

Perampas dan Dirampas..

Hidup ini adalah anugerah  terindah dr Allah swt.. Namun, suka duka yg kita tempuhi adlh plihan kt sdri. Itu adlh pasti meskipun ramai yg cuba mnyalahkan takdir.
Saat ini, anda mungkin salah seorang wanita yang menangisi sebuah hubungan yg tak pasti. Apatah lagi cinta yg tersulam bertahun lamanya semakin goyah kerana kehadiran wanita lain. Ada juga wanita yg menitiskan airmata krn kekasih hati yg baru ditemui dilema pada 2 hati. Tatkala hati gundah dan kecewa..anda mengambil kputusan utk menghubungi pihak ke3 (Perampas/ Dirampas). Tak salah sebenarnya utk menghubungi pihak ke3 tersebut utk mcari kpastian krn ia adlh tindakan yg BIJAK. Dan seringkali jawapan yg kita dengari ialah:

  1. “ Saya minta maaf kerana saya tidak mengetahui kewujudan awak. Saya dah terlanjur mcintai dia”.
  2. “ Saya tahu tentang awak. Saya tahu pengorbanan awak pd dia. Sy da cuba utk lari, tp dia ttp cari saya”.
  3. “ Hidup ini Allah yg tentukan.. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yg menentukan”.
  4. “Jangan salahkan saya, dia yg datang cari saya”.
  5. “Saya faham perasaan awak..tapi saya menyintainya”.
  6. “Saya tidak suka hidup bermadu namun skg saya redha . Saya tidak kisah walaupn menjadi isteri ke2”
Para wanita yang berada dalam situasi tersebut..anda perlu menjadi hawa yg optimis dan rasional.  Nasihat saya pada wanita2 yang menghadapi situasi ini ialah:-

Wanita Perampas ( suka atau tidak, anda tergolong dari golongan ini apabila anda merupakan pihak ke3 dalam perhubungan tersebut).
-        Saya memahami perasaan anda yg dibuai kasih sayang, janji2 manis dan sumpah setia si dia. Namun, ambil masa utk berfikir ttg wanita yg tlh dirampas cintanya. Letakkan diri anda ditempatnya ketika ini. Sekiranya anda mendapati wanita itu lebih menderita dari anda..maka ambillah tindakan yg sewajarnya dan bukan krn nafsu..
-        Fikirlah ttg family lelaki yg anda terlanjur cintai itu. Sekurang2nya fikir ttg IBU. Knp Ibu?? Kerana syurga lelaki tletak pd ibunya. Jangan cuba memperjudikan cinta sekiranya percintaan yg anda sulam tidak direstui krn kesannya amat pahit sekali.
-      Tanya diri anda sejenak samada percintaan anda dan pasangan tenang atau tidak. Lebih memeritkan lg apabila kekasih anda pernah berlaku kejam/zalim pada pasgn terdahulu. Mmglah, manusia boleh b’ubah..Tp mampukah dia melupakan segalanya??
-      Paling penting sekali, berbaloikah anda menyintainya??

Wanita Dirampas ( Sakit bila mendengarnya.. sesakit org yg mengalaminya..)
-       Sesiapapun tidak mampu utk menempuhnya apatah lg kesetiaan yg diberikan melebihi nyawanya sendiri. Namun, sblm menunding jari ke pihak ke3..Lihat kekurangan diri dahulu. Kita lebih mengenali diri kita kan?
-       Cuba utk bertenang walaupun sakit dan pahitnya hanya Allah yg Maha Mengetahuinya. Islam adalah agama yg cukup lengkap. Baik dr segi kehidupan mahupun ibadah. Dekati DiriNya..InsyaALLAH beroleh ketenangan.
-      Tanamkan dalam diri bahawa anda adalah wanita yg TERBAIK si dia pernah temui..selepas anda, dia tidak akan menemui yg lebih baik lg.
-       Carilah teman seramai yg mungkin.. Kerana teman adalah pengubat duka. Bersedekahlah anda walaupun hanya sebiji gula2. Kerana melihat keperitan org lain..akan menyedarkan kita bahawa kita lebih bertuah dr mereka.
Kesimpulannya..Dalam apa keadaan sekalipun..Istikarah lah.. Biar Allah yg menentukan yg terbaik utk kita. Cinta Allah adalah Cinta Hakiki... KasihNya tak pernah kurang, SayangNya tak pernah mengenal jurang, JanjiNya sentiasa terang...

No comments: