Wednesday 26 October 2011

Sejenak..

Hari Khamis yg indah..
Teringat perbualan semalam dgn daddy tersayang ( M'rangkap bakal Daddy In Low) :-
Daddy: Teruskan amalan membaca surah Yassin setiap subuh dan selepas Isyak.
Aku: Ye daddy..setakat ni Alhamdulillah.. Saya selalu amalkan..
Daddy: Biarlah dia buat apa yg dia suka.. Jangan sedih sangat.. Allah menguji kerana sayangkan kita..
Aku: Ya Alhamdulillah.. Allah lebih menyayangi saya.. saya sedih tp gembira, saya derita tp bahagia.. Doakanlah yg tbaik utk sy..
Daddy:Baca Ayatul Qursi setiap hari..
Aku: Ya daddy.. Saya telah lama amalkan..
Daddy: Kita usaha je la.. ( Nada m'harap..)
Aku: InsyaALLAH.. Dgn izin Allah.. saya cuma nak yg terbaik je.. Allah Maha Mengetahui apa yg kita tidak ketahui..
Daddy: Daddy nak kita seperti dulu..
Aku: ( Terdiam...)
Bukan cinta namanya tanpa gelora kan?? Ya ALLAH..berikan jalan yg terbaik untukku..
Cinta itu tidak bersyarat, kuat dan tidak lekang dek waktu. Sekiranya kita diuji oleh orang yg kita cintai dan dia menyakiti, mengkhianati kita namun akhirnya dia kembali menyesal dan meminta bantuan daripada dan kitapun memaafkannya... Itulah cinta yang dipenuhi dengan kesabaran dan tiada syarat.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,." - Surah Al Baqarah : 155
Pesan saya pada mereka yg terluka spt saya..
Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"

4 comments:

Tea said...

Apabila kita tidak mendapatkan apa yang kita mahu, percayalah Allah dah tetapkan yang lain untuk kita.. Yang persis kamu..

Myez.. said...

sejuk hati ni.. InsyaALLAH..

Woofer Storm said...

jgn takut bila terluka,kerana allah ada untuk kita semua..

suka entry ni^^

Myez.. said...

tq..tq WS..